Wednesday 7 October 2015

Kabinet Dapur Bumiputera Berkualiti? Jendela Dapur?

Sesungguhnya saya sememangnya sangat-sangat tidak berpuas hati dengan hasil kerja syarikat bumiputra Jendela Dapur. Terlalu banyak untuk diceritakan tetapi cukuplah. Sabar...sabar...sabar...

Sunday 4 October 2015

Kabinet Dapur Bumiputera Dari Jendela Dapur- Pengalaman saya

Assalamualaikum.

Untuk kabinet dapur saya, saya telah memilih kontraktor bumiputera iaitu En. Shah dari Jendela Dapur. Blog beliau seperti dibawah.

http://kabinetdapurbajet.blogspot.my/
011-1571 9398 mobile
011-3315 6063 watsapp

Saya ingin kongsikan mengenai kualiti kabinet yang telah dibuat tapi belum siap sepenuhnya lagi , beserta penambahbaikan.


Tempoh masa:
Tarikh mula: 27 Ogos 2015.
Tarikh siap: Belum siap sepenuhnya setakat 10 Oktober 2015. Pembaikan dan penukaran belum dilakukan lagi. Pemasangan kabinet di satu rumah lagi belum dapat dimaklumkan sehingga kini.



A.Kabinet Dapur. Penambah baik yang belum dibuat.
1. Pemasangan skirting yang tidak mengikut saiz yang tepat sehingga terdapat ruang bukaan yang sangat nyata.Untuk kedua-dua belah dapur kering dan basah.



2. Daun pintu tidak kemas-penukaran perlu dibuat



3. Kemasan permukaan luar laci dengan lubang2 paku.







Antara penambah baik yang telah dibuat ialah:

1. Penggunaan warna hitam untuk menjadikan bucu miecotop yang pecah menjadi kurang nampak.
 2. Pintu retak telah ditukar.


B.Wardrobe:Antara penambah baik yang telah dibuat ialah:

1.Kayu pecah sedikit. Permukaan pecah ditampal dengan filler seperti bawah .

2. Handle pintu yang tidak sama (datang dari kilang).telah ditukar


Gambar ketika kerja2 sedang dibuat.En. Shah berbaju oren dibantu oleh teamnya.



Gambar-gambar lain untuk daun pintu atau dinding - kebanyakan potongan sisi berjeriji serta kurang menarik mata memandang.





Sekian.